Monday 31 October 2011

ombak rindu

waktu zaman sekolah dulu2, memang sangat2 addict dengan novel2 melayu. huhu. boleh dikira sbg satu musim kot. sampai sanggup langgar peraturan sekolah, semata2 nak bawa novel. sbb tu ustaz fauzi, cg disiplin, suka mengingatkan diri ini spya jgn mencipta masalah. dah, mmg jenis x suka disiplin, sbb tu suka je langgar peraturan sklh :P,

bercakap pasal novel, novel yang betol2 menggamit di ingatan hingga ke hari ini, adalah ombak rindu, karya fauziah ashari. har, mmg sape2 bace novel ni, x kan tdo siang n mlm. tp, tetap x leh lawan novel adam n hawa. mmg terbaek :) , tp, skrg, minat terhadap novel makin berkurang. maybe d sbbkan kekangan masa, n krna faktor umor maybe. skrg bukan lg zaman remaja mcm dulu2, tp, zaman dewasa dy

terbaru, novel ombak rindu ni dah di filemkan. mcm novel ayat2 cinta. tp, x tau kesannya sama atau x dgn hasil bacaan. filem tu x di wayangkan lg. tp dah ade trailer, boleh try2 tengok.. nk tau sinopsis novel ni?

novel
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?














winter break bakal tiba

winter break hampir tibe (padahal 2 bulan agi. huhu)
kalau tahun lepas, berwinter di europe, UFS.. huhu, hanya dalam kenangan, x sampai ke S pon..one day maybe, harap dpt gk sampai ke al hambra, insyaAllah. tempat yg dh lame diidamkan tuk pergi (disebabkan pengaruh novel r nih) ..tp, tahun ni plan asal x nak keluar dr mesir. hanya mau habiskan cuti di dlm mesir, sbb round2 mesir x abis lg. plus, nk simpan duet untuk next year :)
tp, gayanye, plan hanya tinggal plan, insyaAllah, akan keluar lg taun ni. akan pergi ke satu tempat yg dh lame diidamkan. insyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya. tp, kalau plan ni menjadi, maka terpaksa ponteng kuliah selama 1 minggu gk tu, time tu round surgery.. hurmm.. x tau lg camane kesudahannya krna skrg masih dlm perancangan.. doakan :)

berjalan, bermusafirlah..
untuk melihat kebesaran tuhannNya
diciptakan untuk mereka yang berfikir
-hikmah kembara (nirwana)

life can only be understood backward, but it must be lived forward - keep in mind

kita dulu dan sekarang

budak2 yg lahir pd thn 1989-1996 mesti ingat mase skolah rendah dulu: -

kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list,
esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
... salesman susu pon camtu gak.

kat kelas,
budak2 selalu baca kamus bergambar bahasa arab,
padahal tengok gambar je...
pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg,
pastu ade sharpener kat tgh2 die.
main lwn pemadam,
syg nak guna utk padam.
padahal itu fungsi sbnr,
utk padam!

pakai pembaris yg bergerigi,
kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
cikgu, ustazah n ustaz pakai pembaris kuning pjg.
Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

time pendidikan seni,
lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak buat anyaman pakai kertas warna,
kolaj la, ape la,

main game 2D.
super contra, super mario, street fighter,
sume tu pakai tape.

jam tgn Boy London jd idaman,
sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

takut BCG
tp lepas inject poyo la pulak,

balik skola beli JoJo
xpon Dendang.
Tora pon best gak.
Beli smata2 nak mainan,
coklat die x mkn pon.

Kasut berlampu kat tapak,
yg iklan die kat tV bole tembak alien tu,
Siri kartun;
power rangers, ultraman, ninja turtles, dragon ball, kamen rider, yugi oh
dan mcm lg.

jgn lupe sume ni
sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..
asyik ngadap tv n PS..
kite akan sentiasa berubah,
cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

ni la baru zaman kita

Saturday 29 October 2011

perihal orang arab

bile naek taun 5, kelas lecture dah x asing kan tuk malaysian student saje. dah cmpur ngan kengkawan arab. so, ade sesetengah doctor yg akan ckp english n arab, or fully english or fully arab. huhu. ape yang pelik nya ngan org arab ni ialah mereka2 ni SANGAT2 CERDIK. betol2 kagum ngan diorang. bayangkan, dlm kelas, langsung x bukak buku, mostly langsung x bawak buku gi kelas, bawak kunci kereta je, time doktor ajar, langsung x salin ape2. tapi.. sekali doktor tanya terus boleh jawab. betol2 kagum.saya terase begitu kerdil sekali. nk tau ape rahsia diorang. (melalui observation sendiri)
1- faktor pemakanan sgt penting. mereka suke makan 'ful' atau kacang. ni adalah makanan ruji mereka, kalu kita, adalah nasik. pagi2 mmg makan ful n roti ish(roti bentuk mcm lempeng)
2-banyak minum susu , sangat penting tuk kecerdasan pemikiran. oh, saya sgt jauh (mmg langsung x suke susu. huhu)
3-banyak makan sayur segar n buah2 an. penting tuk kesihatan fizikal. - saya mmg berlawanan. kurang sayur, kurang buah.
4- the most important, mereka semua dah khatam quran 30 juzuk, bukan sekadar bace, tp ingt dlm kepale.ni, mmg amat2 jauh dgn saya. (hafal quran pon, ambik surah2 tertentu je. isk) ,* tp, mmg bahase ibunda mereka b.arab, so senang la nk hapal.*

kesimpulannya, perlu ubah sikap ni.. semoga dikurniakan kecerdikan mcm mereka. ^^
tp, apepon, saya tetap bersyukur dgn kelebiahn n kekurangan diri sendiri :)

=)

Friday 28 October 2011

11 jenis manusia di doa malaikat

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Thursday 27 October 2011

everything happens for a reason :))



... if i could turn back my time..

ari khamis yang x best

sepatut nya ari khamis lah ari yang paling dinantikan. sebab ari jumaat cuti. sejak naek tahun 5 ni, hanya ari jumaat lah the only day yang betol2 cuti.. ari sabtu pon ade kelas o&g dr mahmoud salem, n ari sabtu jugak pergi ke ward, tuk ambik history patient, examine patient n gi ke emergency ward tuk tengok kes2 terbaru. huhu (terpakse terima hakikat bahawa makin lame hidup makin x terurus) 

tapi, petang tadi, habis je kelas, pada awalnye perasaan begitu hepi, dalam bayangan, balik je rumah terus nak rehat2 kan minda. tapi, bile sampai je rumah.. arghh, langkah pertama kaki masuk ke dalam bilik, kaki dah basah kuyup. tengok2, air penuh melimpah ruah dalam bilik. uhhhh, perasaan tibe2 berubah. badan yang masih letih2, terpakse tolak air ke dalam bilik air. dah la air tu air kotor, kena bilas bbrapa kali. isk. dalam hati, tibe2 rase nak marah. rasenye air dr orang arab rumah atas, yang basuh baju tu. huhu. agak lame mendiamkan diri, (sbb x suke buka mulut time tengah marah) , tp, now, dah ok. hehe.(x suke simpan lame2) yakinlah bahawa everything happens for a reason. mahukan waktu2 yang indah dulu

-hargailah ape yang jd milik kita sekarang. kerana kita seringkali akan mula menghargai sesuatu yang sudah tiada dengan kite

Saturday 22 October 2011

ketenangan itu subjektif

saya sukakan biru sbb ia melambangkan ketenangan
saya sukakan laut sbb ia nmpak tenang
dan saya mmg sukakan ketenangan..
 tp, knpe hingga ke saat ini, terase ketenangan itu belom hadir dlm diri?
mengapakah?
ape yang ade di fikiran skrg, ialah mahu cepat2 habiskan tahun 5 ni. maka, insyaAllah baki satu tahun lg.semoga Allah permudahkan. amin amin.

kadang2 terfikir, kenape dlm hidup ini perlu ade paksaan? x boleh ke kalu kite cube respect each other? lebih2 lagi bile ia melibatkan hal yang besar. ermm.. mmg betol. hidup ibarat mimpi. mainan tido yang x mungkin akan berhenti hinngga hujung nyawa. mula2 mmg boleh bersabar, tp, lame kelamaan rase ia betol2 menyesakkan fikiran. kan dh besar panjang, dah boleh pikir mane baik mane buruk.jd x perlu dipakse2. tolonglah

uhh, tahun 5 sangat  sibuk. semoga dpt dilalui dgn lancar. tu jer harapan untuk waktu ini.amin amin. mlm ni  bermalam di emergency ward lg. esok kelas pukul 7 pg. hohoho. *depressed*


setenang laut biru..

Friday 21 October 2011

...

liku-liku tahun 5

ermmm..usia makin meningkat, masalh makin bertambah. itu yang boleh aku katakan sekarang ni. bermula dengan tahun 5, mmg betol2 tahun yang x boleh bernafas. kelas bermula pukul 7 pg, berakhir pkul 4 ptg atau lebih. setiap hari balik dr kelas, badan betol2 fatigue. perkara 1 yg aku fikir bile sampai rumah je, terus rase nk tidur. bermula subjek internal medicine, pg2 ade kelas o&g dr mahmoud salem, start kul 12-4 ptg, subjek paed (kanak2). semua benda baru for me. tp, tahun ni subjek yg lebih menarek nk comparekan dgn taun lepas, tp tahun lepas mmg betol2 relax. uhhhh. semoga dpt menempuh tahun 5 dgn lancar. amin.amin.

masalah luar pon makin bertambah. aku sendiri x tau nk selesaikan macam mane.kadang2 terfikir, hidup ni mcm betol2 hipokrit. mybe org2 nye, or suasana nye yg hipokrit? kenape x buat je ape yg kite rase nk buat? macam ade sesuatu yg menyekat. rase mcm nk campak diri kat sebuah pulau untuk satu tempoh masa.moga semua masalh ini cepat2 selesai.

huhu. blog ini kembali aktif gayanye.. kembali menulis.