bercakap pasal novel, novel yang betol2 menggamit di ingatan hingga ke hari ini, adalah ombak rindu, karya fauziah ashari. har, mmg sape2 bace novel ni, x kan tdo siang n mlm. tp, tetap x leh lawan novel adam n hawa. mmg terbaek :) , tp, skrg, minat terhadap novel makin berkurang. maybe d sbbkan kekangan masa, n krna faktor umor maybe. skrg bukan lg zaman remaja mcm dulu2, tp, zaman dewasa dy
terbaru, novel ombak rindu ni dah di filemkan. mcm novel ayat2 cinta. tp, x tau kesannya sama atau x dgn hasil bacaan. filem tu x di wayangkan lg. tp dah ade trailer, boleh try2 tengok.. nk tau sinopsis novel ni?
novel |
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
No comments:
Post a Comment