Tuesday 12 June 2012

12/6 :))

assalamualaikum, semalam 12/6 bersamaan hari selasa merupakan birthday salah seorang housemate kesayangan kami, iaitu che. so, we managed to surprise her. tapi, semuanya tak dirancang. memandangkan sekarang adalah musim study week untuk final exam fifth year, masing2 malas untuk keluar sambut di luar. dan memasak kek yang sedap2 pn tak sempat, jadi, kami mebuat delivery kek costa yang sangat2 sedap iaitu blueberry chhese cake sampai ke rumah. seriously, kek itu tidak ada tandingan kesedapannya! so, after maghrib, kami mengetuk pintu bilik che, dan sama2 menyanyikan sanah helwa kepadanya. haha, tapi x tahula che surprise ke x :))

then, kami ambik gambar sama2 sebelum makan. yang part ambik gambar tu lah yang paling lama actually.hehe. dan membuat ucapan sedikit sorang sambil dirakam oleh cik munirah kita :)
akhir kata, hepi birthday, sanah helwa che! moga kita sama2 boleh menganjak ke tahun 6 nanti amin, dan sama2 kita najah dalam exam final kita :))
moga kita semua satu housemate  berjaya dengan jayanya! i luv uols.


Monday 11 June 2012

:)

alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas pd hari ini. terima kasih Allah. selesai solat subuh, maka terus membuka kalam Allah yang Maha satu itu. terkesan dengan 2 ayat dr surah yusuf

'dia (yaakub) menjawab, hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui. (ayat 86)

'...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sedungguhnya yang berputus asa dr rahmat Allahhanyalah orang2 kafir' (ayat 87)

*jom sama2 muhasabah diri kita*

Sunday 10 June 2012

time management -.-

semakin meningkat proses pembelajaran, pasti sistem belajar kita berubah. kalau dulu, semasa di taun dua dan tiga, sy memang pembuat nota yang agak tegar. setiap topik pasti ada nota sy tersendiri supaya memudahkan rujukan sy untuk last minute study. tp, semakin meningkat taun belajar, makin susah untuk maintain kan cara study saya. mungkin di sebabkan silibus yang terlalu banyak. tp, sy amat respect dengan sesetengah kawan yang still mampu membuat nota sendiri even di taun 5 ni pn, memang tak di nafikan, sistem membuat nota sendiri memudahkan proses hafalan kita, sebabnya, sekadar meningat tanpa menulis apa2, hanya sekadar melekat 40% dalam kepala. di tambah pula, sy merupakan penulis tangan kiri, dan pasti otak kanan yang banyak sy gunakan. tp, sekarang, sistem terbaru atau laju untuk mudah meningat yg sy gunakan adalah dengan cara menconteng apa saja yg saya bace. moga Allah mudahkan! amiinn..

now, its already 1.30 a.m,, mata masih tak rasa mengantuk dan subuh di cairo sekarang pukul 3.09 minit. its better for me to wait until subuh.
subjek berat o&g mampu menyesakkan diri ini seadanya -.-

may Allah make it easy for me to memorise all of them -.-

tonsillectomy


Tonsillectomy is surgery to remove the tonsils. These glands are at the back of your throat. Often, tonsillectomy is done at the same time as adenoidectomy, surgery to remove the adenoid glands.

Description

Your child will be given general anesthesia before surgery. They will be asleep and pain free.
  • The surgeon will insert a small tool into your child’s mouth to prop it open.
  • The surgeon then cuts or burns away the tonsils. The doctor will control bleeding, and the cuts heal naturally without stitches.
Your child will stay in the recovery room after surgery until they are awake and can breathe easily, cough, and swallow. Most children go home several hours after this surgery.

Why the Procedure is Performed

The tonsils help protect against infections. But children with large tonsils may have many sore throats and ear infections.
You and your child’s doctor may consider a tonsillectomy if:
  • Your child has infections often (seven or more times in 1 year, or five or more times over 2 years).
  • Your child misses a lot of school.
  • Your child has trouble breathing.
  • Your child has abscess or growth on their tonsils.

Risks

The risks for any anesthesia are:
The risks for any surgery are:
Rarely, bleeding after surgery can go unnoticed and cause very bad problems. Swallowing a lot may be a sign of bleeding from the tonsils.
Another risk includes injury to the uvula (soft palate).

Before the Procedure

Your child’s doctor may ask your child to have:
Always tell your child’s doctor or nurse:
  • What drugs your child is taking
  • Include any drugs, herbs, or vitamins you bought without a prescription
During the days before the surgery:
  • Ten days before the surgery, your child may be asked to stop taking aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve, Naprosyn), warfarin (Coumadin), and other drugs like these.
  • Ask your child’s doctor which drugs your child should still take on the day of the surgery.
On the day of the surgery:
  • Your child will usually be asked not to drink or eat anything for several hours before the surgery.
  • Give your child any drugs your doctor told you to give your child with a small sip of water.
  • Your child’s doctor or nurse will tell you when to arrive at the hospital.

After the Procedure

A tonsillectomy is usually done in a hospital or surgery center. Your child will go home the same day as the surgery. Children rarely need to stay overnight in the hospital for observation.
Complete recovery takes about 1 to 2 weeks. During the first week, your child should avoid people who are sick. It will be easier for your child to become infected during this time.

Outlook (Prognosis)

After surgery, the number of throat infections is usually lower, but your child will still get some.

Wednesday 6 June 2012

mustajabnya doa di mekah, alhamdulillah..

jumaat, 1.6..bangun2 pagi dan bersiap2 untuk ke masjidil haram, tetiba fikiran teringatkan kamera. lantas, terus membuka beg sandang untuk memastikan ada ke tidak. puas diperiksa, tiada. sy bertanya mak n ayah, samada mereka pegang atau tak kamera tu, katenya takde, ya Allah..hati dah mula runsing, cuba memutarkan kembali fikiran mengingati di mana kali terkahir sy memegang kamera tu, lantas sy teringat akan lobi di hotel, di mana semalam lepas solat di masjidil haram, sy berehat2 sebentar di lobi hotel sebelum naik ke bilik. sepantas kilat, sy turun ke lobi hotel pd jam 3 pagi untuk bertanyakan pd tuan empunya hotel. mereka kata tak nampak..hati bertambah runsing, memikirkan bnyk kenangan gambar sy di madinah n mekah di dalam kamera itu., kebetulan time turun ke lobi, sy berjumpa dengan teman yang agak rapat dengan sy sepanjang di sana, azrul namanya. dan sy terus menceritakan apa yang terjadi. dia cuba menenangkan sy, tapi katanya. kalau barang di mekah ni hilang, susah nak dapat balik. tp dengan izin Allah, semua boleh terjadi..katanya, banyakkan berdoa mohon diberi petunjuk bg sipengambilnya.

maka, dengan sepenuh keyakinan dan tawakkal sy pada Allah, maka sy menyerahkan segalanya pada Allah..alhamdulillah, rezeki sy pada pg tu, dapat meunaikan solat tawaf di multazam, multazam adalah salah satu tempat mustajab doa di mekah, selain hijr ismail.

maka, petang selepas solat asar, azrul memanggil sy untuk berjumpa di lobi hotel. saya hanya menuruti. dia bertanya sy dah jumpa kamera atau belom. saya cakap belom..dah puas cari tapi tak jumpa, dia bertanya lagi, dah berdoa tak pada Allah? sy cakap, dah mohon petunjuk dari Allah, hanya berserah je pada Allah sekarang. andai ada rezeki untuk sy bersama kamera tu, maka adalah..Allah tahu apa yang terbaik untuk sy. maka, tetiba, dia mengeluarkan sesuatu dr poket seluarnya. ya Allah, betapa terkejutnya sy melihat kamera sy ada di depan mata sy :)) alhamdulillah..terima kasih ya Allah :))  Azrul sempat menasihati sy supaya jangan terlalu cuai. kerana di madinah sebelum ni, sy dah kehilangan telefon. tapi, alhamdulillah, berjaya dijumpai juga oleh orang yg sama.

ya Allah..sy mula merindui makkah, madinah dan seluruh isinya. seusngguhnya setenang2 tempat dan paling mustajabnya doa ada di sana..insyaAllah. alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNya

ok, i have to stop here. next post abaout makkah n madinah akan menyusul. sy perlu study sekarang.kerana sy banyak ketinggalan berbanding kawan2 laen. final exam o&g lagi 12 hari. mohon doa. dan all the best jugak untuk orang yang nak bersidang final sem 18hb ni. Allah sentiasa bersamamu insyaAllah..

Tuesday 22 May 2012

Monday 21 May 2012

bulan rejab, makkah, study week


arini 1 rejab, bulan rejab juga dikenali sebagai bulan istigrfar, moga kita semuaa diberi kesempatan untuk melalui bulan ramdhan lagi

arini 22/5 lagi 3 hari saya akan ke sana. ntah, rasa mcm betol2 tak bersedia. sy memerlukan doa kalian, housemate sy dah bertanya baju2 dah siap packing ke belom. sy jawab sy tak prepare ape2 pn lagi, sedangkan waktu untuk duduk dirumah hanya esok je sehari lagi. khamis, jumaat sabtu sudah takde dirumah,then, ari ahad, pukul 2.30 ptg waktu mesir (8.30 malam waktu malaysia) saya akan berangkat ke sana. terima kaseh kawan2 yang sering mengambil tahu tentang sy
insyaAllah, 26/5 - 6/6 akan berada di sana. doakan sy :)

arini jugak masuk hari kedua study week sebelom final exam 19/6 ni. mmg satu perkara yang sangat ajaib bila study week untuk tahun 5 paling lama iaitu selama sebulan. sebelom2 ni, hanya 10hari je study week. tp, untuk sy hanya 2 minggu untuk sy study memandangkan 2 minggu lagi sy berada di sana. doakan sy, moga sy sempat habiskan tajuk o&g yang berat itu. selepas end round baru2 ni, boleh dikatakan lebih 50% sy confius dengan jawapan sy. maka sy betol2 tak bersedia untuk final. moga Allah permudahkan -.-
jadual final exam :
19/6 - o&g paper 1
21/6 - o&g paper 2
23/6 - oral n praktikal o&g

3/7 -paedratric paper 1
5/7 -paedritric paper2
7/7 - oral n praktikal paed

10/7 - malaysia :)

selamat kembali belajar! -.-

setelah hampir 6 bulan duduk di rumah, akhirnya tiba masa dia untuk kembali belajar, setelah hampir 3 bulan die keliru dengan pilihan yang mana satu untuk ditetapkan. dengan pilihan yang ada, dia mendapat tajaan maidam untuk ke jordan dalam bidang perubatan, keduanya die mendapat tajaan bursary JPA untuk buat a-level selama dua tahun dalam bidang perubatan juga, ketiganya, dia mendapat tajaan mara untuk ke jordan dalam bidang perubatan juga. dan keempat dia juga mendapat tajaan dr yayasan terengganu juga, tapi dia telah tolak awal2.akhirnya pilihan ketiga yang dipilih. dan hari ini, dia mendaftar untuk persediaan ke jordan di intec selama 4 bulan, dan akan fly bulan 9 insyaAllah..

setiap pilihan yang dibuat, pasti dia akan message saya untuk bertanya itu dan ini. dan saya yakin pilihan mara yang dipilih adalah yang terbaik Allah tetapkan untuk dia. masa yang begitu suntuk untuk dia bersedia segala bagai untuk ke intec menjadikan saya sendiri tidak sempat untuk bercakap lama2 dengannya dan memberikan serba sedikit nasihat. sy amat bimbang dengannya. saya bimbang. semalam je sy sempat hubungi die, tu pn cakap tak sampai 10 minit, dan dia bertanya., 'kak ngah, wa ade masa x lagi lepas ni nak duk umah sblm fly ke jordan? ,'kak ngah, kat intec tu orang die gane? wa x dop kawan ni, budak sheikh malek 2 orang je yang dapat, wa dengan sherah je..' ,

apa-apa pun, sy harap agar dia bertemu dengan kawan2 yang tidak melalaikan. saya amat bimbang dengannya. satu perasaan yang tak dapat diungkap. moga Allah sentiasa melindunginya dr perkara2 yang melalaikan. selamat kembali belajar wa! perlu belajar untuk hidup berdikari <3 ,lepas ni kak ngah dah takde geng nak ajak jalan2 -,-

Friday 20 April 2012

nikmat Allah itu sangat banyak

assalamualaikum. pernahkah anda terfikir nikmat apa yang Allah telah beri kepada sepanjang anda menghirup udara ini??ya, semalam, apbila soalan ini ditujukan kepada saya, saya terdiam seketika. dan berfikir, entah kenapa soalan ini tidak pernah timbul sebelum ini. ya, sesungguhnya amat banyak nikmat yang Allah beri kepada saya, sehingga kadang2 saya sering lalai dan tak pernah menghargainya..

dan setiap hari yang dilalui pasti akan ada nikmat yang Allah berikan kepada kita.antaranya, nikmat sihat, nikmat masa lapang, nikmat mudah berjaga malam, nikmat mudah memahami pelajaran, nikmat mudah hafalan dan sebagainya. dan apabila saya diminta menceritakan satu nikmat yang paling besar yang paling besar yang Allah anugerahkan kepada saya.. lantas fikiran saya mengingat akan peristiwa ketika saya masih di tingkatan satu..sungguh, peristiwa itu tetap akan saya ingati kerana dari titik di situlah, saya dan family berada dalam keadaan sekarang yang anda semua lihat. alhamdulillah, wa alhamdulillah, wa alhamdulillah..sungguh perit saat itu untuk dilalui, tetap Allah telah menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk kami sekeluarga selepas peristiwa itu. sungguh, itulah salah satunya nikmat paling besar yang Allah kurnikan pada saya :)

dan Allah meletakkan saya di sini, di mesir juga adalah salah satu nikmat yang besar bagi saya. di mana saya mula belajar ilmu medic, saya mula belajar untuk bersabar, mengenali karenah2 manusia yang tak mungkin ada di tempat lain, belajar berdikari dan berjauhan dengan keluarga.. alhamdulillah.

dan juga Allah memberikan saya peluang mengenali seseorang yang banyak mengajar saya erti sayang dan rindu..terima kasih Allah

sesungguhnya nikmat2 Allah itu amat banyak kepada hambaNya. ya Allah, jadikan aku antara hambaMu yang bersyukur di kala senang dan susah... 'lalu, antara nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?- surah ar rahman'
berpeluang berkenalan dengan doc ibrahim allam yang banyak memberikan nasihat kpd kami..alhamdulillahh
nikmat ini tak mungkin dilupakan, berpeluang mendampingi pakar2 surgeon yang sangat mantap..alhamdulillah :)

Thursday 1 March 2012

!

never lose hope. as Allah is always by yourside!
i need Allah. i need Allah. i need Allah!

Saturday 18 February 2012

l.i.f.e


Assalamualaikum..huk3,lame blog ni dibiarkan sepi, coz tuan blog agak sibuk dgn masalah2 yang bnyak melanda sejak akhir2 ni. oh ye, sedar tak sedar, dh masuk mingggu ke3 bulan februari. round surgery akan tamat 15.3 ni.dan akan masuk round akhir iaitu o&g .n hujung bulan 3 jugak, result spm akan keluar. moga si adik akan dapat result yang cemerlang! ya, sbgai seorang kakak, tiada apa yang paling menggembirakan apabila melihat adik2 berjaya.janganlah jadi mcm kakak dia ni please

sejak pindah rumah baru, amat banyak masalah yang tak setel2 lagi hingga sekarang. sungguh, nak deal ngan orang esp orang arab tak sesenang nak deal ngan buku. saya sanggup deal ngan buku Bailey n Love yang beratnye 5kg itu 1000 x ganda berbanding deal ngan orang arab! huk3..sabarlah wahai hati!

oh yeah, round surgery..hurmmm..tak seindah round pediatric. amat saiko tengok doc2 yg mengajar subjek surgery ni.tua2 n for sure pengalaman amat2 banyak n mostly doctor surgery adalah lelaki! in surgery, Anatomy is VERY2 important. see? saya terpaksa belek kembali buku anatomy yang belajar time first year dulu sbb banyak yang dah lupa. bayangkan macamane nak operate orang kalau anatomy, blood supply n nerve supply tak tau? surgery is ver hard subject for me. n for sure, im not interested to be a surgeon at all. alhamdulillah, sufgery is a minor subject for fifth year.lega untuk sementara. but, i have to face it next year!


sejeri subjek *-*

Friday 10 February 2012

i will be there soon, insyaAllah! :)

Assalamualaikum.oh amat lama tak update blog yang kusam ni. still, pindah rumah baru, tenet belom dapat -.-

tengok video ni, terharu! my super senior bakal beraangkat pulang ke malaysia tercinta untuk menyambung khidmat sebagai seorang doctor. tahniah untuk abang2 n kakak2 semua! :)) genap 23jan baru-baru ini,berakhir sudah status mereka sbg pelajar sekolah perubatan

tapi, still..result exam sixth year dr cairo u masih belom kuar, biasalah, cairo u mmg paling lambat dr universiti laen.insyaAllah semua najah saya doakan!

melihat mereka grad, rasa tak sabarnya nak grad.setelah 6 tahun setengah bertungkus lumus, akhirnya berjaya  memegang segulung ijazah. insyaAllah, masa saya pasti akan tiba. dewan ARMA bakal menjadi saksi untuk kita! jan 2014 insyaAllah

Saturday 28 January 2012

cuti paling indah

sesungguhnya cuti yang paling indah adalah cuti di kampung halaman!! boleh makan sedap2, even duk umah saje2 takde kerja buat,cuma melayan kerenah adik2, n mendengar leteran n citer mak pn, tetap terbaik. tp, tugas tahunan setiap kali balik kampung, tak lain adalah sbg driver tetap. ohhh, i miss ganu so much!! sungguh, cuti tahun ni sangat2 meletihkan! bukan sekadar letih dgn kerja, tp letih dengan perangai org2 di sini!! sungguh, kesabaran sy ada batasannya jugak.
indahnya hati andai dpt tiket free untuk balik ganu..i miss my kkampung pengadang baru so much. insyaAllah, bulan 7  dah tak lame.. sabarlah wahai hati

'ya Allah, berilah kesihatan yang baik kpd diriku, diri keluargaku dan diri orang2 yang aku sayang. lindungilah mereka n permudahkanlah segala urusan mereka'

Thursday 26 January 2012

winter break

TAHUN 1- winter break yang paling membosankan. dengan ketiadaan duit, time tu jpa tak naekkan elaun lagi mcm skrg, time tu, 240 dolar je sebulan. mmg betol2 kesempitan. tak dapat jejalan ke mana. hanya duduk rumah, tdo.. tdo.. n tdo :p , di tambah, skill memasak masih 0 time tu, langsung tak pandai belajar memasak. hanya duduk di rumah :)

TAHUN 2- le tour d mesir! seronok. kedatangan winter di sambut dgn kedatangan kengkawan dr jordan, n disusuli kedatngan family tercinta. pergi round di segenap mesir, sekitar piramid, sinai, fayoum, muzium, alexandria n bahriya :)


 TAHUN 3- bermulanya winter break ke luar mesir. pergi turkey n syria selama 10 hari. sangat jakun time tu, sbb tak pernah jumpa n main salji, n pengalaman pertama bermain salji. best teramat. tp, lame2 bermain ngan sejuk, boleh sakit sbb tak sesuai ngan diri

TAHUN 4- le tour d europe! kenangan yang paling tak dapat dilupakan. permulaan perjalanan yang dipermudahkan. tetapi, berlakunya revolusi mesir untuk menjatuhkan presiden Husni Mubarak, tak dapat mengakhiri perjalanan dgn complete, bermula dgn tour d london, n manchester, dan meneruskan perjalanan ke Paris, tetapi, terpaksa balik semula ke london untuk beli tiket balik malaysia. tp, dpt balik malaysia naek air asia, cuti kat ganu tercinta hampir sebulan setengah. menetap di london hampir 14 hari :)

TAHUN 5- tahun ni?? ermm.. menetap di mesir sahaja :) .. tak plan untuk bercuti di mana2, tp mungkin di pantai again insyaAllah, ambil angin pantai sebelom class sem baru start. rehatkan minda :)

TAHUN 6- insyaAllah, akan winter di malaysia selama 2 atau 3 minggu. winter tahun 6 mesti kena balik sbb raya tahun 6 tak balik, mana mungkin setahun setengah tak balik malaysia. jan 2014, insyaAllah.. grad! :)

Thursday 19 January 2012

saya suka ayat ini

' barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka. dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.sesungguhnya Allah melaksanakn urusannya. sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu'

-surah Al- Talaq (2-3)
T__T

pediatric exam :((

harini  adalah hari yang sangat tidak menggembirakan..huhu. guess what?? im very dissappointed for what i've done for pediatric exam today. first doctor,  with thalassemic patient, was quite ok, insyaAllah, and for second doctor i have to talk about hemophilia and Henoch- shonlein purpura disease, alhamdulillah.. everythings were ok.. BUT, for the third doctor, i have to talk about neonatal jaundice..
hurmm... naseb tak  baek, entah kenapa tak dapat jawab..huhu. kecewa yang amat!

moga dilembutkan hati2 doktor itu untuk memberi markah kepada sy.. subjek ini amat penting, penting untuk balik malaysia bulan 7 nanti! insyaAllah, banyakkan tawakkal Alia!

Wednesday 18 January 2012

muhasabah diri

alhamdulillah..18/1-selesai separuh dr end round pediatric. 50 markah diperuntukkan untuk hari ini, n baki 50 lg esok, 19/1..
hari ini hanya exam slide tentang ct scan, x ray, neonatal video n photo, ABG, CBC, and emergency..
dan esoknye adalah exam dgn patient, sebanyak 55 case, n tak tahu case yang mana satu bakal saya dpt.. semoga case mudah, n patient kanak2 tu tak meragam banyak.

sambil2 tengah study, terfikir, tahap manakah tawakkal aku padaNya..entah kenapa persoalan ini timbul. ye, mmg betol, mulut sentiasa kata, aku sentiasa tawakkal sepenuhnya kepada Allah..tp, adaakah selepas exam baru nak tawakkal?? selepas exam, bile tengok2 semula jawapan, n kalau ada salah.. mula terasa bimbang.. maknanya dah cukup ke tawakkal kita? ingat..tawakkal mesti seiring dengan usaha dan doa. letaklah tawakkal itu setinggi2 tinggi nya..

exam hari ni, alhamdulillah.. Allah permudaahkan segalanya, soalan agak mudah . semoga esok lebih mudah. have to study. doakan semua :)

benda yang sering terlupa kita lakukan adalah  bace doa selepas membace. mungkin benda ni nampak remeh, kalau zaman2 sekolah boleh je buat, kenapa sekarang tak lakukan. sungguh, keberkatan ilmu itu lagi penting dr segalanya. andai keberkatan n keredhaan ilmu itu Allah bg ppada kita, insyaAllah, apa yang kita tekankan itu akan ditanya. -muhasabah diri *

Wednesday 11 January 2012

forgive n forget

di saat kita mula merasakan tiada tempat bergantung, di saat itulah sebenarnya kita telah menjauhkan diri dari Allah. sekali kita mendekatkan diri kepadaNya, sepuluh kali Dia mendekatkan diri kepada kita. betapa dekatnye arteri dalam badan kita, begitulah dekatnya Allah pada kita. ya Allah, aku memohon dipinjamkan kekuatan Mu padaku T_T

minta maaf atas segala kekurangan diri

soalan: apekah benda yang dilakukan adalah tak mendatangkan faedah
jawapan: menangis!

Saturday 7 January 2012

7/1

melihat kalendar yg tertampal di dinding,yg dihadiahkan oleh seseorang sempena tahun baru, sudah 7/1.. dah segenap seminggu berada di tahun 2012..

2 hari cuti, jumaat dan sabtu.. langsung takde mood nak study. entah kenapa. dan semalam tiba2 badan rasa x sedap. bermula dr petang jumaat, lepas keluar , balik2 terus sakit tekak, dan malam tu terus demam. betol2 sudden onset. hurmm.. asyik terpikir sepanjang keluar tu ade ke menghirup udara yg tak menyegarkan? tetapi, musim winter mmg mudah menyebabkan demam. saya mahu jd mcm org laen. sihat sentiasa! :(

dan disebabkan demam, tak dapat join kelas pediatric doctor  Badr pd hari ini.. dan yg plg mengecewakan, tak dapar sambut bithday kawan sama2 pd hari ini. aihhh, betol2 mengecewakan lah! T__T

*dua nikmat yang sering manusia lupa, nikmat sihat dan masa lapang.*

-18 n 19hb dah exam end round pediatric. after that dah masuk subjek surgery. sedar tak sedar, dah hampir separuh jalan aku di tahun 5. hanya tinggal subjek o&g je lagi untuk tamat tahun 5. oyeahhh! insyaAllah..

round pediatric bakal berakhir..yeahh :)