Wednesday 6 June 2012

mustajabnya doa di mekah, alhamdulillah..

jumaat, 1.6..bangun2 pagi dan bersiap2 untuk ke masjidil haram, tetiba fikiran teringatkan kamera. lantas, terus membuka beg sandang untuk memastikan ada ke tidak. puas diperiksa, tiada. sy bertanya mak n ayah, samada mereka pegang atau tak kamera tu, katenya takde, ya Allah..hati dah mula runsing, cuba memutarkan kembali fikiran mengingati di mana kali terkahir sy memegang kamera tu, lantas sy teringat akan lobi di hotel, di mana semalam lepas solat di masjidil haram, sy berehat2 sebentar di lobi hotel sebelum naik ke bilik. sepantas kilat, sy turun ke lobi hotel pd jam 3 pagi untuk bertanyakan pd tuan empunya hotel. mereka kata tak nampak..hati bertambah runsing, memikirkan bnyk kenangan gambar sy di madinah n mekah di dalam kamera itu., kebetulan time turun ke lobi, sy berjumpa dengan teman yang agak rapat dengan sy sepanjang di sana, azrul namanya. dan sy terus menceritakan apa yang terjadi. dia cuba menenangkan sy, tapi katanya. kalau barang di mekah ni hilang, susah nak dapat balik. tp dengan izin Allah, semua boleh terjadi..katanya, banyakkan berdoa mohon diberi petunjuk bg sipengambilnya.

maka, dengan sepenuh keyakinan dan tawakkal sy pada Allah, maka sy menyerahkan segalanya pada Allah..alhamdulillah, rezeki sy pada pg tu, dapat meunaikan solat tawaf di multazam, multazam adalah salah satu tempat mustajab doa di mekah, selain hijr ismail.

maka, petang selepas solat asar, azrul memanggil sy untuk berjumpa di lobi hotel. saya hanya menuruti. dia bertanya sy dah jumpa kamera atau belom. saya cakap belom..dah puas cari tapi tak jumpa, dia bertanya lagi, dah berdoa tak pada Allah? sy cakap, dah mohon petunjuk dari Allah, hanya berserah je pada Allah sekarang. andai ada rezeki untuk sy bersama kamera tu, maka adalah..Allah tahu apa yang terbaik untuk sy. maka, tetiba, dia mengeluarkan sesuatu dr poket seluarnya. ya Allah, betapa terkejutnya sy melihat kamera sy ada di depan mata sy :)) alhamdulillah..terima kasih ya Allah :))  Azrul sempat menasihati sy supaya jangan terlalu cuai. kerana di madinah sebelum ni, sy dah kehilangan telefon. tapi, alhamdulillah, berjaya dijumpai juga oleh orang yg sama.

ya Allah..sy mula merindui makkah, madinah dan seluruh isinya. seusngguhnya setenang2 tempat dan paling mustajabnya doa ada di sana..insyaAllah. alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNya

ok, i have to stop here. next post abaout makkah n madinah akan menyusul. sy perlu study sekarang.kerana sy banyak ketinggalan berbanding kawan2 laen. final exam o&g lagi 12 hari. mohon doa. dan all the best jugak untuk orang yang nak bersidang final sem 18hb ni. Allah sentiasa bersamamu insyaAllah..

2 comments:

Unknown said...

Setiap hari sy doa kan ibu sy dapat menjejakn kaki di sana...teringin juga untuk kesana....

Anonymous said...

mg biar betul menunaikan solat di multazam.? setw ak multazam tu pintu kaabah tu. ak nk ltk pale pon pyh apatoh lg smyg - ruru