Sunday, 20 November 2011

sini lain, sane laen

KUALA LUMPUR – Para pelajar Malaysia di Mesir dilanda kebimbangan ekoran kekacauan yang berterusan di ibu kota negara berkenaan ekoran rusuhan melibatkan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah sejak kelmarin.
Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat.
“Kedutaan Malaysia juga telah mengeluarkan pekeliling kepada pelajar Malaysia di sini (Mesir) supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan diri dan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 pelajar Malaysia di Kaherah serta 1,400 di Mansoura.
“Kami juga diminta tidak keluar lewat malam, tidak menghampiri kawasan pilihan raya serta tempat perkumpulan orang ramai dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan,” katanya ketika di hubungi Kosmo! di sini semalam.
Muhammar Amin yang merupakan pelajar tahun enam jurusan perubatan Universiti Mansoura berkata, dia dan teman-teman masih mengikuti kelas di universiti seperti biasa tetapi bimbang konflik itu jika berlanjutan akan menjejaskan kuliah mereka.
Menurutnya, kekecohan berlaku kerana rakyat Mesir mendesak tentera negara itu mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan baru.
Sehubungan itu, katanya, para pelajar Malaysia di Mesir memohon kerajaan Malaysia membantu mereka jika keadaan politik bertambah teruk di negara tersebut.
Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar Malaysia di Mesir, Fauziah Mahat, 49, berkata, beliau berasa bimbang dengan keadaan anak perempuannya ekoran kekecohan yang berlaku.
Anaknya, Aini Sakinah Noor Azman, 22, melalui panggilan telefon kelmarin memberitahu dia sering melihat kereta kebal berkeliaran di merata tempat di Mansoura dan situasi itu turut berlaku di Kaherah.
“Saya sempat berpesan kepada Aini supaya beli makanan secukupnya dan tidak keluar dari rumah jika keadaan bertambah tegang,” katanya.

-sumber : kosmo

lepas bace, haha, nak tergelak pon ade. first, kenape la pi tanye ngan org mansoura, diorang bukan tahu ape2, tahrir bukan nye kat mansoura, dekat cairo je, 5 minit je har dari rumah ni. kadang2 org bukan dr cairo plk yg melebih2, atau media yg melebih2?? relax je.. saje je nk membuat provokasi melebih2.

mmg la ade pergolakan dekat tahrir, malam2 pon bising je dengar org duk buat demonstrasi, tp,setakat ni aman je, biasa la, next week dah nk pilihanraya mesir, bising sket2 tu ok je lagi.. aman lg :) -semoga p/raya next week bakal buat perubahan untuk mesir

2 comments:

pali ss said...

haha,jauh suk g compare,bese la media..
doh bile mesir nk ada kerajaan yg betul2 ni?

alia razak said...

media ni kadang2, melebih2 gk. tp what to do..
soon insyaAllah..