assalamualaikum.
budaya ni mmg dah lame wujud di kalangan kita iaitu masyarakat kita. bila di zaman sekolah, kita seringkali melabel org mengikut jawatannya, contoh, pengawas, selalu dilabelkan dgn perangai yang baek2. jadi, lepas tamat persekolahan, apabila perangai die dah berubah, x macam dulu, terus dilabel sbg '..'.
apabila di alam universiti, kita sering melabel seseorang dgn jemaah, atau usrah yang dia ceburi. contoh, seseorang itu menceburi usrah A, kemudian apabila ada sesuatu yg salah dilakukan, pasti usrah itu dipersalahkan. (tapi, bukan semua orang macam ni).
kita semua manusia, setiap orang pasti melakukan kesalahan samada di sedari atau x.. cuma, janganlah kita suka melabel seseorang sesuka hati. andai orang itu buat salah, cubalah tegur die. dan andai orang tu tersalah, janganlah kita asyik melihat kesilapan die, tapi segala kebaikan die kita hapuskan. setiap orang mempunyai fikrah masing2, dan masing2 adalah tak salah, maka, yang harus kita lakukan ialah, berlapang dadalah sesama kita.
pasti semua orang mempunyai matlamat yang satu, iaitu hidup untuk mencari keredhaan Allah, tetapi mungkin dengan cara yang berbeza untuk setiap orang, sesuai dengan cara masing2, apabila sesuatu benda tu x sesuai dgn cara kita, cubalah untuk menghormati caranya. xperlu lah untuk kita memprovoke satu sama laen..
contoh, maybe orang tu kita nampak kurang penghayatan agama atau kurang tahu hukum atau sebagainya, janganlah mudah mendand sinis atau sebgainya, ntah2, die sedang berusaha sungguh2 untuk menjaga hak2 Allah, n kita x tahu pandangan Allah terhadap die macamane. mungkin dia lah yang paling disukai Allah. inilah gunanya kawan, untuk saling memperingati. jadi, janganlah kita terlalu suka menjudge atau melabel seseorang. cubalah lihat seseorang sbg seorang sahabat kita, yang mmg x lari dr kesalahan, n cubalah untuk menegur sesama kita.
suka dengan ayat seorang sahabat ' seseorang yang baek, mungkin dia yang terbaek, tetapi, bukan dia yang terbaek untuk kita -tetapi, seseorang yg sebaliknya, mungkin dialah yang terbaek untuk kita'
- mohon teguran dr kawan2 jika aku ada salah n silap, sesungguhnya, manusia xkan lari dr salah, n please stop memprovoke each other ok :)
-manusia hanya terdiri dr 3 golongan - samada hari ini dia lebih baik dr semalam, atau semalam lebih baek d rhari ni, atau semalam sama dgn hari ini, org yg paling beruntung ialah orang yg hari ini lebih baek dr semalam.
No comments:
Post a Comment